Permotoran

De Villiers ungguli peringkat kelima rali Dakar

Oleh AFP

Arab Saudi: Pelumba dari Afrika Selatan, Giniel De Villiers memenangi peringkat kelima yang mencabar saingan Rali Dakar yang meninggalkan pendahulu penunggang motosikal, Kevin Benavides mengalami patah hidung selain topi keledar pecah selepas terpelanting daripada kawasan bukit pasir.

De Villiers melengkapkan jarak 456km bersama jentera Toyota dalam masa lima jam sembilan minit 25 saat, menamatkan perlumbaan 0.58s di depan rakan senegara, Brian Baragwanath yang memperoleh satu lagi penamat podium tahun ini selepas menduduki tempat kedua acara prolog.

'Mr Dakar', yang juga juara 13 kali, Stephane Peterhansel mendahului saingan keseluruhan mengatasi Nasser al-Attiyah kepada 6:11 selepas pelumba dari Qatar itu menamatkan perlumbaan di tempat keempat, 2:13 di belakang warga Perancis itu.

Juara bertahan, Carlos Sainz di tempat ketiga keseluruhan, 48:13 dari saingan itu.

"Sejak dari awal banyak perkara yang berlaku yang tidak memihak kepada kami, tetapi hari ini semuanya nampak serasi," kata De Villiers.

Disiarkan pada: January 7, 2021 @ 11:08pm
d