Asia

Covid-19: India rekod kes harian global tertinggi

Oleh AFP

New Delhi: India pada Jumaat merekodkan kes harian global tertinggi dengan 385,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, negara itu merekodkan hampir 3,500 kematian.

Ia berdasarkan data rasmi, namun banyak pakar berpendapat angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Kes harian baharu Covid-19 di India kini lebih 40 peratus daripada kes harian baharu dunia.

Ia menyebabkan hospital sesak dengan pesakit.

Kremotarium pula dipenuhi mayat pesakit Covid-19 yang menunggu untuk dibakar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 1, 2021 @ 9:15am
    d