mutakhir

Maut jatuh dalam lubang saluran kumbahan

Oleh Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Pekerja penyelenggaraan di sebuah pasar raya meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air kumbahan ketika bertugas dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa, Yazali Yakub, 52, dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan yang mempunyai kedalaman kira-kira empat meter.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan bertugas.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini.

Ismail berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: June 14, 2021 @ 11:11am
d