mutakhir

Mengaku aniaya bayi

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menganiaya yang mungkin mendatangkan kecederaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak di bawah jagaannya, 21 Oktober lalu.

Hanifah Ngah, 35, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap seorang bayi berusia setahun lima bulan yang diletakkan di bawah jagaannya.

Tertuduh mengaku bersalah dan kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di depan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pengasuh didakwa melakukan kesalahan itu di Taska Nur Dina, Kemuning Greenhills 2, Kota Kemuning, di sini, jam 8.13 pagi, pada 21 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 8, 2014 @ 5:12am
d