mutakhir

Gagal cubaan seludup 3,200 susu

Oleh Ruwaida Md Zain

Pelabuhan Klang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 berjaya menggagalkan cubaan kapal dari Indonesia membawa masuk susu 3,200 susu tin tanpa permit.

Ia dikesan di Kompleks Barter Trade Pelabuhan Klang Selatan, di sini Ahad lalu.

Maqis Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan mendapati susu tin bernilai RM4,500 itu tidak memiliki dokumen pengimportan sah mahupun sijil kesihatan dari negara asal.

"Untuk itu barangan dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 11 (3) akta sama," katanya.

Agensi itu akan sentiasa tegas dan cekap serta telili dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan di semua pintu masuk perairan negara.

"Ini bagi menjamin keselamatan produk pertanian dan agro makanan negara terjamin dan selamat," katanya.

Disiarkan pada: September 14, 2021 @ 9:30am
d