Eropah

Dua maut pesawat ringan terhempas

Oleh BERNAMA

Athens: Sebuah pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos, Greece di Laut Aegean pada Isnin menyebabkan dua penumpang maut, lapor Xinhua memetik Agensi Berita AMNA.

Kedua-dua mayat ditemukan Pengawal Pantai tempatan.

Pesawat Cessna 172 itu dalam perjalanan menuju ke Samos dari Israel sebelum terhempas.

Punca nahas masih disiasat.

Disiarkan pada: September 14, 2021 @ 10:07am
d