Badminton

Yew Sin-Ee Yi gagal sekat 'The Minions'

Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Hasrat pasangan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk membalas dendam ke atas wakil tuan rumah Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo di Terbuka Indonesia tidak kesampaian.

Mereka terpaksa akur kepada pasangan nombor satu dunia itu di suku akhir sebentar tadi apabila kalah 21-14, 14-21, 16-21 dan mengulangi skrip ketika kalah kepada lawan yang sama minggu lalu di suku akhir Masters Indonesia.

Walaupun memenangi set pertama Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur dalam pertarungan selama 52 minit itu dan rekod pertemuan mereka terus dengan gandingan mendapat gelaran 'The Minions' itu semakin jauh kepada 0-7.

Nasib yang sama turut menimpa kepada dua pasangan beregu profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila kalah kepada lawan masing-masing hari ini.

Peng Soon-Liu Ying yang diletakkan sebagai pilihan kelima akur dengan kehebatan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won apabila kalah 21-15, 16-21, 18-21.

Sementara itu, Kian Meng-Pei Jing harus menerima hakikat bahawa jurang mereka dengan pilihan utama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai masih lagi jauh.

Mereka tumpas straight set 10-2, 11-21 dalam aksi yang berlangsung selama 33 minit.

Disiarkan pada: November 26, 2021 @ 6:48pm
d