mutakhir

Remaja lemas di Lata Air Hitam

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Batu Kurau: Remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Lata Air Hitam, Jelai di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.17 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau, dikerahkan ke lokasi.

Katanya, mangsa Mohammad Fathussalam Mohd Baharulnizam, 16, ditemukan orang awam dua meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dan disahkan meninggal dunia.

"Mangsa dijumpai oleh orang awam pada 12.49 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Disiarkan pada: December 25, 2021 @ 5:47pm
d