Asia

Rusuhan di Kazakhstan, 160 terkorban

Oleh AFP

Almaty: Lebih 160 individu dilaporkan maut pada Ahad, dalam siri rusuhan di Kazakhstan sejak beberapa hari lalu, manakala 6,000 orang ditangkap.

Negara dengan 19 juta penduduk itu digemparkan dengan rusuhan selama seminggu, dengan sejumlah warga asing ditahan.

Rusuhan itu susulan kenaikan harga bahan api.

Angka baharu yang belum disahkan secara bebas menandakan peningkatan drastik dalam jumlah kematian.

Kenyataan itu kemudian hilang dari saluran Telegram kerajaan, pada Ahad.

Secara keseluruhan, 5,800 individu ditahan untuk disoal siasat, termasuk "sebilangan besar warga asing", demikian kenyataan pada Ahad susulan mesyuarat krisis yang diketuai oleh Presiden Kassym-Jomart Tokayev.

Kementerian dalam negeri, yang dipetik media tempatan pada Ahad melaporkan, kerosakan harta benda dianggarkan berjumlah 175 juta euro (kira-kira RM835.3 juta).

Seorang wartawan AFP memberitahu, Almaty kembali tenang dengan polis sesekali melepaskan tembakan ke udara untuk menghalang orang ramai menghampiri dataran tengah bandar itu.

Kazakhstan dalam satu kenyataan, pada Sabtu, mengesahkan bekas ketua keselamatannya ditangkap kerana disyaki melakukan pengkhianatan.

Disiarkan pada: January 10, 2022 @ 10:16am
d