Badminton

BAM nafi tak sambung kontrak tiga jurulatih

Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan laporan bahawa kontrak tiga jurulatih kebangsaan tidak akan disambung.

Badan induk itu menerusi satu kenyataan berkata, penilaian menyeluruh sedang dilakukan ketika ini.

"Penilaian yang menyeluruh di antara kakitangan kejurulatihan dan pemain masih berterusan selaras dengan struktur kejurulatihan yang sedang diperkemas," katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada sebuah laporan yang menyatakan kontrak jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Tey Seu Bock; ketua jurulatih perseorangan, Indra Wijaya dan ketua jurulatih beregu campuran, Paulus Firman tidak akan disambung.

Seu Bock adalah jurulatih kebangsaan paling lama berkhidmat dengan BAM di antara ketiga-tiga itu.

Jurulatih berusia 49 tahun itu diingati kerana pernah melatih bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei antara 2010 sehingga 2016.

Disiarkan pada: January 24, 2022 @ 6:07pm
d