mutakhir

Tanah runtuh di Balai Polis Tongod

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Tongod: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Balai Polis Tongod, Kinabatangan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.40 pagi itu, runtuhan berlaku akibat hujan berterusan sejak Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 pagi tadi.

Beliau berkata, anggota BBP Kinabatangan kemudiannya dihantar ke lokasi sejauh 156 kilometer berkenaan.

"Sebaik tiba, pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian tepi perkarangan bangunan balai polis terbabit.

"Pasukan kami kemudiannya memasang sawar-sawar dan memastikan tiada bahaya lain.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat jam 7.05 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: February 13, 2022 @ 10:46am
d