rap

Nagita Slavina, Raffi Ahmad 'berpisah seketika' di hari jadi mereka...

Oleh Agensi

Jakarta: Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina masing-masing meraikan sambutan ulang tahun kelahiran semalam iaitu 17 Februari 2022. 

Raffi berusia 35 tahun, manakala Nagita kini berusia 34 tahun. Kebiasaannya mereka meraikan ulang tahun kelahiran bersama.

Namun, agak berbeza kali ini kerana Raffi menjalani kuarantin disebabkan mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19. 

Ini membuatkan Nagita Slavina sedih hingga tidak mampu menahan air matanya. Ia kelihatan menerusi perkongsian ibunya, Rieta Amilia di Instagram. 

Mata Nagita Slavina kelihatan sangat sembab, dengan Rieta Amilia mencuba menghiburkan anak sulungnya itu.

Raffi Ahmad menerusi panggilan video, turut menenangkan isterinya. 

"Iya tiada apa-apa, nanti akan sembuh juga," katanya. 

Rakan-rakan mereka dari kalangan selebriti juga tidak ketinggalan memberikan ucapan selamat ulang tahun bagi kedua-duanya.

Ucapan itu diberikan melalui komen di akaun Instagram Raffi dan Nagita.

Pasangan sejoli ini berkahwin pada 17 Oktober 2014 dan dikurniakan dua anak iaitu Rafathar dan Rayyanza.

 

Disiarkan pada: February 18, 2022 @ 7:45pm
d