mutakhir

Nak terjun dari bumbung IPD Kuala Muda

Oleh Izad Thaqif Hassan

Sungai Petani: Hampir dua jam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang cuba membunuh diri di bumbung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berseluar jeans pendek serta berbaju merah itu dilihat berada di bumbung bangunan lima tingkat oleh orang ramai.

Dia juga dilihat membuka serta mengibar baju sambil berjalan dengan selamba di bumbung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.01 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 40-an berada di bumbung.

"Anggota bomba naik ke bumbung menggunakan tali keselamatan dan berjaya memujuk lelaki terbabit.

"Lelaki berkenaan dibawa turun jam 6.35 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya jam 6.52 petang.

Disiarkan pada: February 23, 2022 @ 8:58pm
d