Eropah

Moscow dakwa presiden Ukraine berbohong

Oleh Reuters

Moscow: Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, Moscow sedia untuk berbincang sekiranya tentera Ukraine berhenti melawan.

Katanya, tiada sesiapa merancang untuk menyerang penduduk Ukraine.

"Kami tidak mahu Neo-Nazi memimpin Ukraine.

"Kami mahu rakyat Ukraine bebas dan mempunyai kemungkinan untuk menentukan nasib mereka secara bebas," katanya.

Lavrov berkata, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy berbohong apabila beliau berkata bersedia untuk membincangkan status neutral Ukraine.

Disiarkan pada: February 25, 2022 @ 6:43pm
d