rap

Siti Nordiana sakit tekak ke?

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Persembahan penyanyi Siti Nordiana menerusi lagu Angkara yang agak kurang bermaya di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), malam ini mengundang tanya tanya pelbagai pihak.

   Rata-rata warganet termasuk kalangan penggiat industri menerusi media sosial menyatakan perasaan hairan selain bersimpati terhadap penyanyi itu.

   Ini kerana Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, bukanlah asing dengan pertandingan ini. Tahun lalu, Nana berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM 34)  menerusi lalu Hatiku Milikmu dan turut berduet dengan Khai Bahar menerusi lagu Satukan Rasa. 

   Tidak ketinggalan melahirkan kehairanan terhadap persembahan Nana ialah penyanyi Azmeer Arif.

   "Awat (kenapa) Nana menyanyi macam tak bertenaga. Tak macam biasa dia nyanyi, ak sihat ke?," tulisnya di Facebook.

 

Disiarkan pada: March 6, 2022 @ 11:10pm
d