mutakhir

Runtuhan kuari, seorang hilang, seorang parah

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Seorang pekerja kuari dilaporkan hilang manakala seorang parah selepas tertimbus runtuhan kuari batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, insiden membabitkan empat mangsa dengan dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.40 pagi tadi.

"Maklumat yang diterima daripada pihak pengurus mengatakan terdapat runtuhan batu membabitkan empat mangsa, yang mana dua dapat menyelamatkan diri, seorang cedera parah dan seorang mangsa hilang.

"Komander operasi memohon bantuan dari unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) untuk hadir membantu pencarian mangsa tertimbus berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat jam 12.15 tengah hari operasi mencari mangsa masih diteruskan.

Disiarkan pada: March 8, 2022 @ 12:41pm
d