Ampang: Tiga daripada empat mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini, semalam, didapati cuba menyelamatkan diri, namun gagal dan tertimbus tanah sedalam satu hingga 1.5 meter.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menggunakan jentera pengorek untuk mengeluarkan tiga mangsa berkenaan.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula 5.54 petang semalam hingga 3 pagi tadi membabitkan 123 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).
"Secara keseluruhannya, ada lima mangsa dengan empat daripadanya maut. Pemeriksaan dilakukan mendapati tiga mangsa yang maut cuba menyelamatkan diri, namun tidak sempat kerana pergerakan tanah dan tertimbus.
"Terdapat sebuah rumah yang rosak 100 peratus selain beberapa rumah lain yang berhampiran turut terjejas," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.
Katanya, beberapa anggota bomba akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa sebagai langkah siap siaga jika insiden sama berulang.
Berita berkaitan
• Lebih 200 penghuni diarah kosongkan kediaman
• Bunyi siren kuat jadi penyelamat
• Identiti lima mangsa tanah runtuh dikenal pasti
• Bantuan RM10,000 kepada waris mangsa tanah runtuh: MB
• Kejadian tanah runtuh di Malaysia sejak 2021
• Mayat kedua ditemukan di hadapan rumah, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri [METROTV]
• Anjing K9 digunakan cari 2 mangsa tertimbus
• Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan
• Pekerja Air Selangor lihat lori dinaiki rakan ditimbus tanah
• 'Berlaku 2 kali runtuhan' - Saksi
• Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia
• 5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan
• 'Sama-sama kita berdoa...' - PM