Eropah

Singa Ukraine dipindahkan ke Romania

Oleh Agensi

Kyiv: Ibarat 'Aslan' keluar dari 'Narnia'. Itu yang berlaku kepada seekor singa di Ukraine yang dipindahkan dari zoo di Lviv ke Romania.

Khidmat pemindahan haiwan itu bersama seekor lagi serigala adalah hasil usaha seorang veteran perang British menerusi misi bantuan menggunakan bas mini, lapor Metro UK.

Tim Locks dan dua rakannya menjalankan misi empat hari untuk menyelamatkan haiwan itu dari kandang yang terletak 20 kilometer dari barisan hadapan tentera Rusia.

Pemindahan menggunakan kren untuk mengangkat haiwan ke dalam van sahaja mengambil masa tiga jam.

Pasukan itu melalui perjalanan pergi balik sejauh 1,200 batu (kira-kira 1,900 kilometer) merentasi negara yang dilanda perang.

Disiarkan pada: March 24, 2022 @ 7:00am
d