Sukan Lain

Woods gembira biarpun terlepas cut

Oleh AFP

Augusta, Amerika Syarikat: Tiger Woods menyempurnakan kepulangan luar biasa dalam aksi Masters apabila membenam 78 pukulan pada pusingan akhir dan berkata 13 di atas par 301 adalah satu daripada pencapaian terbesar dalam kariernya.

"Untuk tidak menang perlawanan, ya," kata juara kejohanan utama 15 kali berkata ketika ditanya adalah prestasinya adalah yang terbaik. Ya, tanpa ragu-ragu."

Woods, tidak beraksi selama 14 bulan selepas terbabit dengan kemalangan kereta yang menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk sehingga timbul kebimbangan akan kehilangan kaki kanannya bagaimanapun tidak akan mencabar jaket hijau keenam hujung minggu ini.

Dia membenam 78 pukulan pada Sabtu dan Ahad, pusingan terbaik di Augusta National dengan jumlah keseluruhan 13 di atas par catatan tertinggi untuk aksi 72 lubang di lapangan ikonik Georgia dengan lapan pukulan.

Dia berada di tempat ke-47 ketika berjalan keluar untuk meraikan biarpun ia dijangka akan menjadi penamat terburuknya di Masters selain gagal terlepas cut untuk amatur.

"Saya tidak fikir orang akan faham," kata Woods mengenai proses pemulihan yang sukar dan masih berterusan pada bawah kaki kanan dengan pembedahan dilakukan untuk memasukkan besi, pin dan plat.

"Hanya orang yang rapat dengan saya saja faham betapa sukarnya. Mereka melihat. Beberapa pemain yang rapat dengan saya melihat saya dan perkara yang perlu saya hadapi," katanya.

Disiarkan pada: April 11, 2022 @ 8:49am
d