Asia

Lelaki Malaysia jalani hukum mati di Singapura, minggu depan [METROTV]

Oleh AFP

Singapura: Seorang lelaki Malaysia yang kurang upaya mental akan dihukum gantung di Singapura, minggu depan, selepas gagal dalam rayuan terakhirnya, kata kakaknya, semalam.

Nagaenthran K Dharmalingam ditahan pada 2009 kerana mengedar heroin ke negara itu yang mempunyai beberapa undang-undang dadah paling keras di dunia, dan menjatuhkan hukuman mati pada tahun berikutnya.

Tetapi rancangan untuk menggantungnya mencetuskan kritikan meluas kerana kebimbangan mengenai ketidakupayaan intelektualnya, dengan Kesatuan Eropah dan jutawan British Richard Branson antara yang mengutuknya.

Selepas berdepan undang-undang selama bertahun-tahun, lelaki berusia 34 tahun itu kalah dalam rayuan terakhirnya bulan lalu, apabila hakim menolak hujah bahawa hukuman mati terhadap seorang lelaki kurang upaya mental, melanggar undang-undang antarabangsa.

Keluarganya dimaklumkan dia akan dihukum mati, pada hari Rabu minggu depan, kata kakaknya Sarmila Dharmalingam kepada AFP.

Ahli keluarga, termasuk ibu dan tiga adik-beradiknya, akan pergi ke sana untuk melihatnya terlebih dahulu, katanya.

Bulan lalu, negara itu menjalankan hukuman mati pertama sejak 2019 apabila seorang pengedar dadah dihukum gantung sampai mati.

Disiarkan pada: April 21, 2022 @ 9:58am
d