Eropah

Nikmati pelayaran umrah Istanbul-Jeddah mulai 2023

Oleh BERNAMA

Istanbul: Bermula tahun depan, sebuah syarikat pelayaran Turki akan memulakan pelayaran umrah dari bandar bersejarah ini ke Makkah.

Perkhidmatan menaiki kapal persiaran itu ditawarkan oleh AY Cruise.

"Kami merancang untuk memulakan perjalanan Umrah melalui kapal menjelang 2023.

"Ramai yang akan datang ke Istanbul dan berpeluang pergi menunaikan umrah menaiki kapal dengan adanya pelayaran Istanbul-Jeddah.

"Mereka akan dapat menaiki kapal pelayaran dan mengerjakan umrah," kata Ketua Pegawai Eksekutif AY Cruisec Cetin Ay kepada Anadolu Agency (AA).

Turki mempunyai potensi pelancongan kapal persiaran, AY mengambil langkah ke hadapan ini dengan menawarkan perkhidmatan pelayaran darj Istanbul ke Jeddah.

Sepanyol menawarkan 6.5 juta penumpang kapal persiaran setiap tahun.

"Kami sudah membangunkan projek ini untuk setahun setengah.

"Ketika era Uthmaniyyah, lawatan dibuat ke Tanah Suci dengan kereta api, jadi ini adalah keinginan yang belum direalisasikan," katanya.

Pelayaran menaiki kapal persiaran itu dijangka mengambil masa tujuh hari dari Istanbul dan mereka yang sudah menunaikan haji atau umrah mempunyai pilihan untuk kembali ke Istanbul atau terus ke negara lain.

Disiarkan pada: April 30, 2022 @ 11:37am
d