Asia

Presiden Sri Lanka berlepas dari Maldives menuju Singapura

Oleh AFP

Malé, Maldives: Presiden Sri Lanka meninggalkan Maldives pada Khamis menaiki pesawat syarikat penerbangan Saudia menuju ke Singapura, seorang pegawai lapangan terbang memberitahu AFP, sehari selepas dia melarikan diri dari Sri Lanka.

Gotabaya Rajapaksa, isterinya Ioma dan dua pengawal peribadi mereka telah diiringi ke pesawat beberapa minit sebelum ia berlepas dari lapangan terbang Antarabangsa Velana di Male, kata pegawai itu.

Disiarkan pada: July 14, 2022 @ 4:27pm
d