mutakhir

Bekas peserta Imam Muda sanding bersama tiga saudara

Kuala Pilah: “Inilah hari paling bahagia dalam hidup kami. Lebih menggembirakan apabila kami naik pelamin serentak,” kata bekas peserta Imam Muda Musim 2 Abdul Fattah Riddzwan yang bersanding serentak bersama tiga saudaranya di rumah mereka di Senaling, di sini, semalam.

Abdul Fattah memilih Hidayah Abd Rahman, 25, sebagai isteri, abangnya, Abdusyahid, 29, mengahwini Aqila Sargawi, 21, manakala dua adik perempuannya, Khalidah, 24, dan Khadijah, 23, masing-masing memilih Abqari Abd Rahman, 23, dan Hussaini Ali Hanafiah, 23.

Abdul Fattah berkata, idea bersanding serentak timbul sejak awal tahun ini selepas mereka selamat diijab kabul pada bulan ini dan September lalu.

“Islam menggalakkan umatnya melakukan sesuatu mudah dan elak daripada pembaziran. Kami bermuafakat mengutamakan yang wajib (nikah) terlebih dulu sebelum bersanding serentak.

“Selain itu, usia kami terlalu rapat dan jika tidak dilakukan secara serentak, sudah tentu ibu bapa kami memerlukan perbelanjaan besar ditambah pula harga barang semakin meningkat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 19, 2015 @ 10:14am
d