Rodez: Magnus Cort Nielsen dan Simon Clarke menjadi mangsa terbaharu Covid-19 dalam pelumbaan Tour de France apabila kedua-dua pemenang peringkat itu tidak dapat meneruskan aksi.
"Magnus Cort bangun pagi ini dengan mengalami sakit kepala dan demam sebelum disahkan positif Covid-19. Dia tidak akan memulakan peringkat ke-15 Tour de France. Penilaian perubatannya sedang dijalankan," kata EF-Easy Post dalam satu kenyataan.
Cort Nielsen yang juga pelumba kelahiran Denmark memenangi peringkat ke-10 di Megeve.
"Selepas ujian rutin dalaman dijalankan oleh pasukan, malangnya Simon Clarke positif Covid. Oleh itu, Simon tidak akan memulakan perlumbaan peringkat ke-15," kata Israel-Premier Tech mengenai pelumba kelahiran Australia itu.
Clarke memenangi peringkat kelima di Arenberg.
Penarikan diri Clarke dan Cort Nielsen bermakna lapan pelumba kini tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana Covid-19.
Primoz Roglic dari Slovenia, naib juara 2020, meninggalkan juga tidak dapat meneruskan aksi untuk pulih daripada kecederaan yang dialami akibat kemalangan pada minggu pertama perlumbaan.