mutakhir

Empat wanita sesat di Bukit Saga

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Ampang: Empat wanita diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas dilaporkan tersesat ketika mendaki Bukit Saga di sini, petang tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 5.31 petang sebelum tujuh pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan bergerak ke lokasi.

"Kejadian membabitkan empat wanita berusia 28 hingga 32 tahun yang dikatakan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian. Kesemua mangsa dapat dihubungi melalui telefon dan memberitahu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Gerakan mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dengan bantuan empat anggota polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya ditemui dengan selamat jam 8.04 malam pada jarak dua kilometer dari kaki bukit.

Katanya, ketika ini usaha membawa mereka keluar sedang dijalankan.

Disiarkan pada: July 23, 2022 @ 8:58pm
d