mutakhir

Awie Ride bakal jadi acara tahunan

Penyanyi Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, beliau dan pasukannya yakin lebih banyak kesedaran dapat ditingkatkan sekiranya usaha itu berhasil dilaksanakan.

"Kami juga berusaha untuk masuk ke Sabah dan Sarawak kalau ada ruang dan peluang namun masih di peringkat perbincangan dengan penaja memandangkan isu logistik untuk ke sana," katanya kepada Bernama selepas menamatkan konvoi fasa tiga dari selatan tanah air di Stesen Petronas Plaza Tol Sungai Besi, di sini, tengah malam tadi.

Menurutnya konvoi melibatkan kira-kira 100 motorsikal berkuasa tinggi itu, berkesan dan berjaya mencapai matlamatnya susulan penerimaan baik orang ramai yang hadir di kesemua 10 siri ceramah di semenanjung Malaysia.

"Bermula dari fasa satu di utara, fasa dua di pantai timur dan terakhir di selatan, kami nampak ramai mula sedar apa yang dilakukan pasukan. Orang ramai hadir bukan sekadar tengok motor besar tetapi apabila saya bercakap mengenai bahaya scammer, mereka mendengar dan ambil tahu.

"Nak hapuskan 100 peratus mungkin bukan sekarang tapi dengan kesedaran yang ada akan menjadikan orang ramai lebih bijak daripada ditipu (scammer)," katanya.

Disiarkan pada: August 3, 2022 @ 1:16pm
d