mutakhir

Semua mangsa banjir di Baling dibenar pulang

Oleh Safuri Kamarudin.

Baling: Semua mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) benarkan pulang apabila keadaan pulih susulan cuaca baik hari ini.

PPS Dewan Tun Abdul Razak ditutup jam 10 pagi, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Puan Habsah ditutup jam 4.15 petang ini.

Seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS berkenaan.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil, berkata cuaca kembali cerah dan paras air Sungai Baling sudah surut membolehkan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing .

Dalam kejadian banjir kilat semalam air Sungai Charok Juan dan Baling melimpah dengan cepat berbanding kejadian sebelumnya.

Berikutan itu penduduk di Kampung Batu Tujuh Rambong, Charok Juan, Telok Sanau dan Bendang Sera dilanda banjir kilat setinggi satu meter dalam rumah.

Disiarkan pada: August 4, 2022 @ 4:48pm
d