mutakhir

Rumah panjang musnah terbakar [METROTV]

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Penghuni Rumah Panjang Yamin, di Batu 36, Jalan Sibu-Selangau, hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.58 pagi.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dibantu 11 anggota dari BBP Sungai Merah dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

"Setibanya di lokasi, didapati komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan 36 pintu rumah panjang struktur tidak kekal terbakar sepenuhnya.

"Ketika ini kerja-kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, jumlah sebenar penghuni masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Disiarkan pada: August 23, 2022 @ 9:01am
d