mutakhir

Maut dihempap dinding konkrit

Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Lelaki meninggal dunia akibat dihempap dinding konkrit ketika menebang pokok di Kampung Padang Midin di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.28 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Tiba di lokasi, kami dapati, mangsa iaitu Zamri Jusoh, berusia 60 tahun, dihempap dinding konkrit rumah ketika melakukan kerja menebang pokok.

"Mangsa dikeluarkan daripada runtuhan itu jam 9.52 pagi dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, difahamkan, mangsa dihempap konkrit rumah tinggal yang dipenuhi semak berhampiran lokasi mangsa menebang pokok.

Disiarkan pada: August 24, 2022 @ 12:42pm
d