Amerika Utara

Ibu lemaskan 3 anak

Oleh AP

New York: Dua kanak-kanak dan seorang bayi ditemukan mati di pantai Coney Island di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan mangsa dilemaskan ibu mereka.

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Zachary Merdy, 7; Lilana Merdy, 4, dan Oliver Bondarev yang berusia tiga bulan.

Mereka ditemukan selepas operasi pencarian dijalankan kira-kira tiga jam bermula 1.40 pagi.

Ia susulan laporan polis dibuat ahli keluarga kanak-kanak itu selepas bimbang wanita terbabit berniat untuk mencederakan anaknya.

Wanita terbabit, Erin Merdy, 30, ditemukan 90 minit kemudian dalam keadaan basah dan berkaki ayam kira-kira tiga kilometer dari lokasi tempat tinggalnya.

Disiarkan pada: September 13, 2022 @ 10:01am
d