Asia

Wang kertas Australia mungkin tak guna imej raja

Oleh Agensi

Sydney: Kerajaan Australia, pada Selasa, mengumumkan tidak menggunakan gambar Raja Charles III secara automatik bagi menggantikan gambar Ratu Elizabeth II pada not wang kertas 5 dolar Australia.

Ia mungkin akan digantikan dengan gambar imej pemimpin negara itu.

Pembantu Menteri Perbendaharaan Persekutuan Andrew Leigh berkata, duit syiling akan terus menggunakan imej Raja British itu.

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menggantikan gambar Raja British dengan seorang Australia seperti aktivis hak tanah pribumi Edward Mabo.

"Perkara itu akan diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Keputusan ini akan dibuat dengan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa," katanya.

Disiarkan pada: September 14, 2022 @ 10:37am
d