mutakhir

PM ucap tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed Salman

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan baginda sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

"Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan YAM khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi," kata Perdana Menteri menerusi Twitter hari ini.

Bernama hari ini melaporkan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri baharu.

Disiarkan pada: September 28, 2022 @ 6:12pm
d