Eropah

Gangguan kereta api angkara 'sabotaj kabel' [METROTV]

Oleh Berlin

Berlin: Pihak berkuasa Jerman memaklumkan unsur "sabotaj" telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan kereta api, semalam.

Perkhidmatan kereta api dihentikan selama hampir tiga jam di utara negara itu "kerana unsur sabotaj kabel", lapor Agensi Anadolu memetik pengendali kereta api Jerman Deutsche Bahn (DB).

Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser berkata siasatan terhadap insiden berkenaan telah dilancarkan.

Beliau berkata kabel yang digunakan untuk operasi kereta api di dua lokasi telah terputus.

Gangguan itu menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas di stesen kereta api di utara Jerman.

Menurut DB: "kerosakan itu disebabkan masalah sistem komunikasi radio kereta api digital yang menjadi elemen penting dalam menjamin kelancaran perkhidmatan kereta api".

Disiarkan pada: October 9, 2022 @ 2:45pm
d