Bola Sepak

JDT lawan Dortmund 28 November ini

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund sah bakal menguji juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 28 November ini.

Perkara itu diumumkan JDT di laman Facebook rasmi kelab di Johor Southern Tigers dengan maklumat terperinci aksi berkenaan akan dimaklumkan selepas ini.

Malah, aksi itu akan diadakan di gelanggang keramat JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

"Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim akan mengalu-alukan kunjungan Borussia Dortmund dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 November.

"Butiran lanjut akan menyusul. Luaskan Kuasamu Johor," menurut kenyataan itu.

JDT antara pasukan yang sedang meningkat naik di rantau ini dan kehadiran Borussia Dortmund bakal beri pengalaman berbeza buat skuad kendalian Hector Bidoglio.

Disiarkan pada: October 31, 2022 @ 8:32pm
d