mutakhir

PRU-15: 'Itu pilihan Presiden Umno' - Annuar

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Barisan Nasional (BN) menyenaraikan calon pilihan Presiden Umno untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, sudah tentulah segala kepandaian dan kebijaksanaan dikerah untuk memilih calon terbaik yang diyakini akan membawa kemenangan kepada BN.

"BN dan Perikatan Nasional (PN) serentak mengumumkan senarai calon PRU-15 malam ini.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertanding kepada semua mereka yang terpilih menjadi calon," katanya.

Terdahulu, empat menteri Kabinet BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, digugurkan sebagai calon PRU-15.

Mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Disiarkan pada: November 2, 2022 @ 12:04am
d