mutakhir

PRU-15: Pertembungan 10 penjuru di Batu [METROTV]

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Kuala Lumpur: Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Calon PKR P Prabakaran yang juga penyandang kerusi Parlimen itu selaku calon termuda ketika itu, sekali lagi bertanding pada pilihan raya kali ini mewakili PH.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PKR Tian Chua pula yang menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon Bebas.

Pada PRU-14, Tian Chua menyatakan sokongan kepada Prabakaran yang bertanding kerusi Parlimen Batu selepas beliau hilang kelayakan.

Pertembungan pada kali ini menyaksikan beberapa muka muda baharu membuat penampilan antaranya pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin yang lebih dikenali dengan nama 'glamour' Cleopatra (Bebas) dan peguam Siti Kasim (Bebas) serta peguam Wan Azliana Wan Adnan dari Pejuang.

Beberapa nama lain yang turut mencuba nasib kali ini termasuk calon BN Datuk A Kohilan Pillay, Azhar Yahya (PN), P Naganathan (Warisan), Too Cheng Huat (Bebas) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).

Disiarkan pada: November 5, 2022 @ 11:49am
d