mutakhir

PRU-15: Anwar kecewa dengan Tian Chua

Oleh Fahmy A Rosli

Tambun: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata kecewa dengan tindakan bekas Naib Presidennya, Tian Chua yang juga antara reformis parti itu, memilih untuk bertanding atas tiket bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar berkata, sepatutnya Chua sebagai seorang reformis tidak wajar memilih haluan itu dengan membelakangi keputusan parti.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata selepas ini jika ada ahli parti yang bertanding sebagai calon bebas, mereka dipecat secara automatik.

Disiarkan pada: November 5, 2022 @ 11:56am
d