mutakhir

PRU-15: PN yakin 'dapat' Perlis

Oleh Hidayatidayu Razali

Bachok: Perikatan Nasional (PN) berkeyakinan akan dapat 'mengambil' Perlis daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini berikutan kerana calon PN di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai pengaruh yang kuat di Perlis.

"Shahidan beliau ada pengaruh di Perlis. Insya-Allah kena dengan cara, kita akan dapat mengambil Perlis selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah

"Kita boleh ambil Perlis, Insya-Allah dan tambah lagi satu negeri di bawah pemerintahan kita. Kita harap perkara ini akan berlaku dan menjadi satu titik perubahan yang baharu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Jelajah Presiden Pas di Tawang di sini, malam tadi.

Hadir sama, Calon Pas Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Shahidan dan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dipilih sebagai calon PN masing-masing bertanding di kerusi Arau serta Maran pada PRU-15.

Disiarkan pada: November 8, 2022 @ 8:26am
d