mutakhir

Dilarang rai kemenangan PRU-15 di jalan awam

Oleh BERNAMA

Kuala Terengganu: Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan-jalan awam.

Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Polis Terengganu Supt Mohd Aluwi Husain berkata sebarang aktiviti seumpama itu tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Beliau berkata pasukan polis bersiap sedia mengawal keadaan dan orang ramai digesa mematuhi segala peraturan dan undang-undang ditetapkan.

"Polis Kontinjen Terengganu berharap proses PRU15 yang kini berjalan dengan aman dapat dikekalkan sehingga keputusan diketahui.

"Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan sehingga kerajaan dibentuk. Jangan timbulkan provokasi atau kekacauan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Disiarkan pada: November 19, 2022 @ 11:46am
d