mutakhir

PRU-15: Dr Mahathir tewas di Langkawi [TAK RASMI]

Langkawi: Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 11,225 undi.

Parlimen Langkawi menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Dr Mahathir (Pejuang), Mohd Suhaimi (PN), Armishah Siraj (Barisan Nasional), Zabidi Yahya (Pakatan Harapan) dan Abd Kadir (Bebas).

Disiarkan pada: November 19, 2022 @ 11:27pm
d