mutakhir

Banjir kilat, satu PPS dibuka di Melaka

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

Alor Gajah: Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan air sungai melimpah di kawasan rendah, sekali gus menjejaskan penduduk di dua taman di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah Leftenan (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata, antara kawasan terjejas adalah Taman Gadek Indah dan Taman Seri Bayu 2.

"Banjir menyebabkan penduduk dari Taman Seri Bayu 2, terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka di Jelatang, bagi menunggu air banjir surut.

"PPS ini dibuka jam 9.30 tadi dan ketika ini proses pendaftaran mangsa sedang berjalan," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh agensi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah di kawasan terjejas.

Disiarkan pada: December 1, 2022 @ 11:52pm
d