Bola Sepak

UniKL juara Divisyen 2 LBSIPT 2022/23

Oleh Izzali Ismail

Sintok: Pasukan bola sepak UniKL muncul juara Divisyen 2 Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2022/ 2023 apabila menewaskan Politeknik Malaysia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada final di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua terikat tanpa jaringan.

Kemenangan itu menyaksikan UniKL membawa pulang piala pusingan, piala iringan, medal kejohanan dan wang tunai RM7,000 manakala Politeknik Malaysia menerima RM5,000 serta medal.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan melakarkan kemenangan tanpa bolos dalam aksi suku akhir dan separuh akhir yang menyaksikan keyakinan tinggi apabila turun berentap di final.

Kejohanan yang disokong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini menyaksikan juara dan naib juara Divisyen 2 layak secara automatik untuk beraksi pada Liga Divisyen 1 musim 2023.

Seterusnya, dua pasukan itu beraksi dalam saingan Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi 2023.

Disiarkan pada: December 16, 2022 @ 7:24pm
d