Hulu Selangor: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke Hospital Selayang hari ini akibat minor strok.
Beliau dimasukkan ke hospital pada 6 petang tadi akibat keletihan dan minor strok selepas empat hari terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh dijalankan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
JBPM Selangor dalam kenyataan berkata, keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.
"Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan beliau kembali pulih," katanya.
Operasi mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh masuk hari keempat namun masih belum ada perkembangan terbaharu.
Disiarkan pada: December 19, 2022 @ 8:58pm