Bola Sepak

Keluarga tragedi rusuhan bola sepak saman PSSI, Jokowi

Oleh AFP

Jakarta: Tujuh keluarga di Indonesia yang saudara maranya meninggal dunia atau cedera dalam salah satu bencana stadium terburuk dalam sejarah bola sepak menyaman pihak berwajib yang mereka anggap bertanggungjawab di atas insiden berkenaan.

Rempuhan di bandar Jawa Malang pada Oktober menyebabkan 135 orang terkorban, termasuk lebih 40 orang kanak-kanak.

Pihak berwajib dipersalahkan terutamanya atas penggunaan gas pemedih mata yang berlebihan oleh polis mengikut siasatan awal.

Tuntutan sivil itu menyasarkan lapan pihak, termasuk Persatuan bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI), pihak polis negara berkenaan, penganjur liga PT Liga Indonesia Baru dan pemilik kelab bola sepak Malang, Arema FC.

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga disenaraikan sebagai tertuduh bersama.

Imam Hidayat, seorang peguam yang mewakili keluarga, berkata mereka menuntut akauntabiliti dan pampasan.

"Kami perlu mempertimbangkan kehidupan keluarga mereka yang meninggal dunia atau cedera parah," kata Imam Hidayat kepada AFP.

"Mereka, pada pandangan kami, memerlukan pampasan, walaupun nyawa tidak boleh ditukar dengan wang.

"Keluarga berkenaan menuntut ganti rugi sekitar AS$3.9 juta (RM17.32 juta)

Disiarkan pada: December 23, 2022 @ 10:50pm
d