Asia

Lapan maut, jelajah politik bertukar rempuhan

Oleh BERNAMA

New Delhi: Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala ramai lagi cedera selepas mereka terjatuh ke dalam longkang akibat "rempuhan" semasa jelajah politik di Andhra Pradesh, semalam.

Bekas Ketua Menteri dan ketua Parti Telugu Desam, Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.

Terdapat beberapa insiden pergaduhan hingga membawa kepada situasi seperti rempuhan, menurut laporan media tempatan.

Parti Telugu Desam (TDP) Naidu mengumumkan bantuan kewangan untuk keluarga si mati.

"Kematian penyokong TDP adalah satu kehilangan besar kepada parti. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka.

"Mangsa yang cedera akan menerima rawatan yang lebih baik," kata Nara Lokesh, setiausaha agung TDP menerusi ciapan di Twitter.

Disiarkan pada: December 29, 2022 @ 11:57am
d