mutakhir

Video tular warga emas dibelasah, polis belum terima laporan

Oleh Abdul Rahemang Taiming

Semporna: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung video tular lelaki warga emas dipercayai dibelasah sehingga berdarah muka dalam kejadian di sini, semalam.

Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang individu bersama sekumpulan lelaki menarik baju warga emas itu di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah pasar raya sambil disaksikan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Katanya, setakat ini tiada individu tampil atau sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu.

Berdasarkan video tular itu, difahamkan mangsa didakwa mencuri beberapa barangan termasuk syampu dari pasar raya berkenaan namun disedari kakitangan di situ.

Bagaimanapun, tindakan salah seorang individu yang mencederakan lelaki terbabit dengan menyepak muka sehingga berdarah mengundang pelbagai reaksi.

Disiarkan pada: December 29, 2022 @ 2:42pm
d