Asia

Korea Utara lancar peluru berpandu pada malam tahun baharu

Oleh BERNAMA

Seoul: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat (SRBM) ke Laut Timur pada Ahad, memetik Tentera Korea Selatan.

Ketua Turus Bersama (JCS) berkata, pihaknya mengesan satu peluru berpandu dilancarkan dari Ryongsong di Pyongyang pada 2.50 pagi yang merentasi kira-kira 400 kilometer sebelum ia jatuh ke laut.

Ia satu lagi tindak balas terhadap pelancaran roket bahan dorong pepejal oleh Seoul pada Jumaat, lapor Yonhap memetik pemerhati Korea Utara.

Pada Sabtu, Korea Utara turut dilaporkan menembak tiga SRBM dari Daerah Chunghwa, di selatan Pyongyang, ke Laut Timur.

Pihak tentera Korea Selatan mengkategorikan pelancaran roket itu sebagai SRBM berdasarkan jarak dan trajektorinya.

Setakat tahun lepas sahaja, Korea Utara melancarkan sekitar 70 ujian peluru berpandu balistik.

Disiarkan pada: January 1, 2023 @ 11:45am
d