mutakhir

Skuad motosikal JAIPk cegah jenayah syariah

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan skuad rondaan bermotosikal khusus sebagai inisiatif pencegahan jenayah syariah di negeri ini.

JAIPk melalui perkongsian hantaran di laman Facebook berkata, inisiatif itu diwujudkan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk bagi menjalankan tugasan rondaan dan pencegahan jenayah syariah bagi seluruh negeri.

Menurut hantaran itu, skuad rondaan bermotosikal terbabit turut diwujudkan di setiap Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pelancaran skuad itu disempurnakan Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abd Halim, malam tadi yang turut sama meninjau penugasan skuad terbabit di sekitar Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Tinjauan dibuat berbentuk menyantuni masyarakat yang antara lain sebagai usaha mendidik dari aspek pencegahan jenayah syariah dan membendung keruntuhan akhlak serta masalah sosial dengan rondaan tertumpu di kawasan-kawasan tumpuan.

Disiarkan pada: January 7, 2023 @ 9:34pm
d