Sukan Lain

Bendera Rusia, Belarus diharamkan di Terbuka Australia

Oleh Reuters

Melbourne: Bendera Rusia dan Belarus diharamkan dikibarkan di kawasan Melbourne Park sepanjang Terbuka Australia selepas aduan daripada duta Ukraine ke negara itu.

Duta Ukraine ke Australia dan New Zealand, Vasyl Myroshnychenko memuat naik gambar bendera Rusia dipasang di kawasan semak di tepi gelanggang ketika pemain senegaranya, Kateryna Baindl beraksi di pusingan pertama, semalam.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya pemasangan bendera Rusia di tempat awam ketika perlawanan pemain tenis Ukraine, Kateryna Baindl di Terbuka Australia, hari ini," ciapnya di Twitter.

"Saya menghubungi Tennis Australia untuk segera melaksanakan polisi 'bendera neutral'."

Sebagai tindakan susulan, Tennis Australia, hari ini mengharamkan bendera dua negara itu dipasang di Terbuka Australia.

"Bendera dari Rusia dan Belarus diharamkan di kawasan Terbuka Australia," kata Tennis Australia dalam kenyataan.

"Polisi awal kami adalah penyokong boleh membawanya, tetapi tidak boleh menggunakannya untuk menyebabkan gangguan. Kejadian semalam adalah bendera dipasang di tepi gelanggang.

"Pengharaman ini berkuat kuasa serta-merta. Kami akan terus bekerjasama dengan pemain dan peminat untuk memastikan suasana terbaik untuk menikmati tenis."

Pemain Rusian dan Belarus diharamkan daripada beraksi di Wimbledon, tahun lalu, tetapi dibenarkan beraksi secara individu di Terbuka Australia.

Disiarkan pada: January 17, 2023 @ 10:31am
d