Asia

Gempa bumi sederhana di utara Laut Maluku

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dikesan berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72 km.

Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Terdahulu, gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda kawasan yang sama pada 18 Januari.

Gegaran ketika itu berlaku pada kedudukan 163 km selatan dari Pulau Talaud dengan kedalaman 67 km.

Disiarkan pada: January 24, 2023 @ 11:25am
d